Abon (pelawak)

Sharizan "Abon" Ahmad (lahir 8 Ogos 1960) merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Beliau ialah antara seorang pelawak paling malar hija di Malaysia. Mula berlawak sejak era 80an dan hingga kini beliau masih lagi laris muncul dalam banyak produksi terutama filem dan drama tempatan. Abon juga sangat digemari apabila sering muncul sebagai penghibur stand-up di majlis-majlis anugerah dan konsert hiburan. Beliau sering memainkan watak lelaki Jawa dalam persembahannya.Beliau dan Mr. Os membentuk kumpulan Osbon telah menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011.